Saturday, 10 September 2016

Surah AlBaqarah (225~226)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 225:
Ringkasan tafsir;
Bersambung dari ayat 224 diatas,
Orang yang bersumpah atas nama Allah dengan tidak sengaja tidaklah berdosa. Tapi jika sumpah itu disengajakan maka berdosalah dan hendaklah bayar kafarah.

(lihat ayat 89 Surah Al-Maidah).

,
Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 226:
Ringkasan tafsir;
Dilarang suami bersumpah dengan menyebut “aku bersumpah tidak akan bersetubuh dengan kamu selama 1 tahun”  kepada isterinya. Jika berbuat demikian maka apabila isteri mengadu kepada hakim dan suami tidak kembali dalam tempoh 4 bulan maka gugur talaknya. Dan jika suami bertaubat dan membatalkan sumpah dengan membayar kafarah, maka Allah penyayang kepada sekelian umat yang bertaubat.

Adapun kafarah itu terdiri 3 perkara untuk buat pilihan,
1. Memerdekakan seorang hamba mukmin.
2. Memberi makan 10 orang meskin dengan secukupnya.
3. Memberi sepersalinan kepada mereka,

4. Dan jika perkara diatas tidak mampu dilaksanakan, maka hendaklah suami tersebut berpuasa 3 hari
.

No comments:

Post a Comment